Keluaran dan sambutan Aku_Haus_Darahmu

Aku Haus Darahmu ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 2 Februari 2017 dan menerima ulasan positif dari pengkritik filem. Shazryn Mohd Faizal dari mStar Online menghuraikan filem ini "memiliki premis menarik untuk diangkat dan tidak mustahil untuk dibawa ke gelanggang filem antarabangsa" sambil mengakui ia gagal membangkitkan rasa seram.[4] Dennis Chua dari New Straits Times mengulas mengenai persembahan Deanna Yusoff dalam filem ini. "Deanna (Yusoff) berjaya keluar dari zon selesanya untuk mempelajari gabungan kaum tradisional Sunda, Mak Yong dan tarian-tarian India klasik. Ia merupakan waktu yang dihabiskan kerana kesempurnaan dan ketekunan Deanna menunjukkan dalam pergerakannya secara semulajadi di skrin.[5]